Untuk yang tengah nak turunkan berat badan, kita still kene makan kan. Jangan tak makan langsung plak. Penyakit lain plak yang datang. Masak sendiri kat rumah of course la lagi baik sebab kita yang tentukan kualiti, nutrisi and tahap kebersihan makanan. Tapi boring gak ek kalo dok umah je. Nak jugak merasa makanan luar.
Ini antara tip yang boleh digunakan ketika memilih makanan di restoran:
- Elakkan makanan bergoreng. Jika di restoran mamak anda boleh pilih roti nan dan ayam tandoori, capati dan tosai. Jika di restoran thai pula boleh pilih tomyam, sup atau ikan kukus
- Jika makan pasta pilih kuah berasaskan tomato seperti bolognaise berbanding yang berasaskan krim seperti karbonara.
- Minta kurangkan minyak, lebihkan sayuran dan kurangkan garam
- Elakkan minuman berkarbonat. Untuk minuman biasa minta kurangkan gula.
- Minum segelas air atau semangkuk sup sebelum makan.
- Jangan terlalu ikut perasaan. Order makanan secara ala kadar sahaja. Order banyak-banyak nanti mestila kene paksa perut abeskan sume makanan tu. Sayang plak kalau tak abes kan kan. So bersederhanalah.

















