Diet vs Bersenam

Posted by: ain  /  Category: Kesehatan

Diet sahaja sememangnya berkesan untuk menurunkan berat badan. Namun, menurut kajian, program penurunan berat badan yang berkesan untuk jangka panjang haruslah disertai senaman. Malah sesetengah orang yang berdiet sahaja kebiasaannya akan kembali ke berat yang asal atau lebih. Menahan perut juga adalah menyeksakan dan boleh menjadikan kita lemah, letih dan lapar setiap masa.

Jadi kenapa senaman adalah lebih baik??

1.   Senaman meningkatkan kadar metabolisma

Aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan meningkatkan jumlah tenaga yang diperlukan oleh badan setiap hari.

2.   Aktiviti kardio dapat membakar kalori

1 paun lemak bersamaan 3500 kalori. Jadi untuk menurunkan 3500 kalori dalam masa 7 hari, anda perlu mengurangkan 500 kalori sehari. Apabila anda makan makanan berkalori, jumlah lemak akan bertambah. Jadi anda perlu bersenam untuk membakar kalori serta pilih makanan yang sihat. Selain itu bersenam juga lebih baik untuk membakar kalori berbanding menahan perut kerana berlapar dapat merendahkan kadar metabolisma.

3.   Anda akan lebih aktif

Kajian menunjukkan individu yang bersenam adalah lebih aktif. Senaman akan memberi anda tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Sekiranya anda sering bersenam, anda sukar untuk berasa letih.  Jadi anda akan membuat lebih banyak aktiviti fizikal yang lain.

4.   Senaman dapat membina otot

Apabila bersenam (terutamanya aktiviti berat), badan akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan. Apabila anda memerlukan lebih tenaga, lebih banyak lemak akan dibakar sewaktu bersenam dan sepanjang hari. Jadi lebih banyak otot yang anda ada, lebih banyak kalori yang dibakar, lebih cepat anda turunkan berat badan.

Tags: , , ,

Leave a Reply